Archive - Wall post RSS Feed

April Surf

Benak April merupakan antara benak yang dinantikan.  Dengan ketinggian dan kelajuan benak April ini menjadikan aktiviti meluncur benak sangat menarik.  Kali ini, 4 peluncur Batang Lupar, Lina, David Ho, Jones dan Abdillah akan bersama 2 peluncur asing iaitu Peter Ho (Singapura) dan Jankie (Itali) memberikan suntikan semangat untuk meluncur.

Berikut merupakan beberapa rakaman foto yang menarik oleh Siti Zamrud sepanjang 3 hari sesi  kali ini.

All images appearing in the ABADIPHOTOGRAPHY web site are the exclusive property of ABADIPHOTOGRAPHY.   The images may not be reproduced, copied, transmitted or manipulated without the written permission of ABADIPHOTOGRAPHY. Use of any image as the basis for another photographic concept or illustration (digital, artist rendering or alike)  is a violation of  International Copyright laws.   All images are copyrighted © 2005 – 2013 ABADIPHOTOGRAPHY

Azizi & Farah

Satu lagi majlis resepsi berlangsung semalam memberikan kami pengalaman yang menyeronokkan. Dengan layanan ahli keluarga, dan rakan karib Azizi, menjadikan tugas kami lebih mudah. Walaupun hujan sepanjang hari, namun kesempatan tetap dicari untuk sesi outdoor bersama rakan-rakan menjadi kenyataan. Bersyukur kerana semuanya berjalan lancar, sehingga ia tidak terasa berlalu dengan cepat. Terima kasih sekali lagi kepada Azizi Aziz & Fara Halil serta keluarga kerana mempercayai abadiphotography sebagai “trusted brand”..

Makeup & couture by: Nazzib Samad of NazzibsamaD The Bridal Department
Assistant: BotoLair Unguku Syahir

 

Stendley & Shirley

Kali ini kami berpeluang untuk merakamkan majlis resepsi untuk Shirley & Stendley bertempat di Sri Aman. Majlis resepsi yang meriah dan kami sempat mencuri masa untuk sesi outdoor sebelum majlis bermula pada jam 7 malam. Terima kasih atas layanan baik ahli keluarga & sahabat Shirley & Stendley menjadikan tugas kami lebih menyeronokkan.

Firdaus + Fauziana

Majlis akad nikah & persandingan ini diadakan di Kampung Lalang, Debak. Pengalaman yang menyeronokkan dapat bekerjasama dengan ahli keluarga Fauziana yang begitu baik hati & peramah. Syukur kerana diberikan tempat yang cantik & cuaca yang baik untuk sesi outdoor walaupun bermula agak lewat pada pada hari akad nikah. Syukur kerana dikurniakan tempat yang indah dan cuaca yang baik sepanjang sesi photoshoot kami.

 

Ucapan Selamat Hari Raya & Terima Kasih atas Sokongan Anda!

Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua!

Hari ini, 3 Syawal, telah 3 hari Studio Abadiphotography dibuka untuk anda semua!
Terima kasih diucapkan kepada anda yang telah sudi datang ke Studio kami. Kami sememangnya menantikan kehadiran anda dengan hati yang gembira. Pengalaman yang indah sepanjang 3 hari bersama dengan pelbagai gelagat dan gelak ketawa semasa menjalani sesi potret. Ia sememangnya pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Atas sambutan yang menggalakkan, kami memohon ampun dan maaf, kerana terdapat kelewatan untuk menyerahkan gambar anda. Atas kehadiran dan sokongan anda kami balas dengan hasil karya berkualiti yang pastinya anda akan menyukainya. Kami juga tidak sabar untuk menyerahkan gambar tersebut kepada anda. Insyallah, kami akan sedaya upaya agar semua gambar sepanjang 3 hari lepas akan diserahkan selewatnya petang esok. Nantikan panggilan kami atau anda boleh hubungi kami!

Dimaklumkan juga, Studio Abadiphotography akan dibuka untuk pelanggan walk-in sehingga Khamis (hari raya ke-5). Kami akan tutup sehingga hari Ahad. Untuk anda yang ingin membuat sesi fotografi studio selepas Ahad boleh berbuat demikian dengan membuat tempahan melalui temujanji. Masih ada masa untuk pelanggan Abadiphotography yang bercuti dikampung untuk mengabadikan potret keluarga anda pada tahun ini.

Sehingga berjumpa lagi
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

Abdillah
0128833944

Promosi Pakej Fotografi Studio Raya 2012

SELAMAT HARI RAYA!

Hari Raya datang lagi. Pastikan anda mendapatkan sesi fotografi studio terbaik hanya dari abadiphotography. Bermula hanya dari pakej RM280, anda akan mendapat PERCUMA sebuah gambar + frame bersaiz 8R dengan nilai RM80 sebagai nilai tambah!

Ingin potret keluarga anda didinding pada Hari Raya? Anda boleh menempah slot untuk fotografi sebelum Syawal, minggu terakhir RAMADHAN!!

Hubungi Abdillah 0128833944 untuk tempahan awal & sebarang pertanyaan.
Klik ruangan promosi raya di atas untuk enquiry melalui email.

Reception: AJ & Moni

Solemnization: AJ & Moni, Sri Aman

Solemnization: Mohamad Khairuddin & Dayang Noni , Betong

26 May 2012. Majlis akad nikah yang ringkas namun meriah dengan sanak saudara. Tahniah buat pasangan Dean & Noni. Dengan sekali lafas mereka telah diijabkabulkan. Syukur kehadrat ilahi kerana diberikan cuaca yang sangat sempurna untuk sesi outdoor.

Wedding slideshow: Bakri Ibni & Felicia

Page 1 of 212»
© 2005 - 2013 abadiphotography