Profile
Abadiphotography
Abadiphotography bermula pada 2005 dan telah didaftarkan pada 2008. Syarikat ini telah diasaskan oleh Siti Zamrud Binti Ali Hassan dan Abdillah Bin Ahmad yang bertapak di Sri Aman. Fotografi perkahwinan, journalism, aerial photography adalah bidang fotografi yang telah kami ceburi. Pada tahun 2010, abadiphotography telah berjaya menyiapkan sebuah buku bergambar terbitan khas Kerajaan Negeri Sarawak yang berjudul “Sri Aman Mansang Maju”, yang mana kami diberi kepercayaan menjadi jurugambar rasmi dan editor (rekabentuk grafik) untuk buku tersebut. Ia telah memberikan kami pendedahan yang sangat meluas dalam dunia fotografi.
“KESEMPURNAAN” adalah VISI kami.
Siti Zamrud Binti Ali Hassan (Co-founder Abadiphotography, Senior Photographer)
Saya berusia 33 tahun, ibu kepada seorang anak lelaki yang comel mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan sejak usia muda lagi. Meminati bidang fotografi dan menubuhkan sebuah milikan tunggal i.e abadiphotography sebagai salah satu cabang perniagaan. Dslr pertama saya iaitu NikonD70s yang dibeli pada tahun 2003 telah banyak mengajar erti susah payah dalam mendalami bidang ini. Ekoran daripada minat mendalam, saya seringkali menghadiri kursus fotografi yang diadakan di seluruh Malaysia. Saya juga memiliki kelulusan dalam bidang fotografi dari Alvin Leong Academy of Photography.
Sepanjang menceburkan diri dalam bidang fotografi, saya telah terlibat dalam pelbagai genre fotografi seperti journalism, potret, aerial, fesyen, landscape, architecture, studio dan sebagainya. Saya juga mempunyai pengalaman luas dalam mengambil gambar benak atau tidal bore photograhy. Namun, journalism dan potret adalah forte. Lebih banyak terlibat dengan kerja belakang tabir sebagai perancang dan penasihat namun seringkali bertindak sebagai pembantu kepada Abdillah ketika menjalankan assignment fotografi. Namun demikian, jangan risau kerana saya masih bersemangat setiap kali memegang kamera. Kepada anda yang berminat untuk hire photographer wanita, saya boleh membantu!
Abdillah Bin Ahmad (Co-founder Abadiphotography, Principal Photographer)
Berusia 33 tahun, lulusan Sarjana Muda Teknologi Maklumat, merupakan pengasas bersama abadiphotography pada tahun 2005 bersama pasangan hidup saya Siti Zamrud Binti Ali Hassan. Saya merupakan jurugambar yang belajar dari minat, pembacaan majalah, forum, menghadiri masterclass oleh tokoh-tokoh fotografi terkenal di malaysia malah dari luar negara, menyertai rombongan fotografi antarabangsa, dan pelbagai lagi ruangan yang boleh memberikan info & ilmu khusus tentang fotografi. Semua pengetahuan dan pengalaman ini disatukan dalam hasil karya saya dalam dunia fotografi ini.
Saya akan memberikan 110% komitmen apabila berada di belakang kamera, mencuba dari pelbagai sudut, mengaplikasi kemahiran untuk setiap projek yang saya ambil. Hasilnya, aura positif dalam diri biasanya menjadikan klien juga bersemangat untuk memberikan tumpuan sepenuhnya semasa sesi fotografi. Anda tidak perlu risau untuk menjadi seorang “model” untuk mendapatkan gambar yang menarik, sebaliknya anda harus enjoy setiap saat semasa sesi fotografi. Saya akan merakam saat-saat yang ikhlas dan penuh kemesraan ini yang semestinya menjadi kenangan terindah buat anda.
Pencapaian & anugerah:
Best Picture Nikon North Borneo Photo Contest 2012
4 award/anugerah di WPPM (Wedding and Portrait Photographers Malaysia) untuk kategori Enthusiast
-
Winner of Portrait
-
Winner of Journalism
-
1st Runner-Up of Wedding
-
2nd Runner-Up of Journalism
Photographer of the Year in Nikon Malaysia Annual Photo Award 2012
Kamera & peralatan,
1. Nikon D700, Nikon D200 dengan Sigma 12-24mm f3.5, Nikkor 28-70mm f2.8, Nikkor 70-200mm f2.8, Nikkor 105mm macro f2.8, Nikkor 17-55mm f2.8, Nikkor 50mm 1.8
2. Canon 5D Mark II, EF 16-35mm f2.8m, EF 50mm f1.4, EF 28-135mm f3.5.
3. 5 unit flash gun