Ucapan Selamat Hari Raya & Terima Kasih atas Sokongan Anda!
Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua!
Hari ini, 3 Syawal, telah 3 hari Studio Abadiphotography dibuka untuk anda semua!
Terima kasih diucapkan kepada anda yang telah sudi datang ke Studio kami. Kami sememangnya menantikan kehadiran anda dengan hati yang gembira. Pengalaman yang indah sepanjang 3 hari bersama dengan pelbagai gelagat dan gelak ketawa semasa menjalani sesi potret. Ia sememangnya pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Atas sambutan yang menggalakkan, kami memohon ampun dan maaf, kerana terdapat kelewatan untuk menyerahkan gambar anda. Atas kehadiran dan sokongan anda kami balas dengan hasil karya berkualiti yang pastinya anda akan menyukainya. Kami juga tidak sabar untuk menyerahkan gambar tersebut kepada anda. Insyallah, kami akan sedaya upaya agar semua gambar sepanjang 3 hari lepas akan diserahkan selewatnya petang esok. Nantikan panggilan kami atau anda boleh hubungi kami!
Dimaklumkan juga, Studio Abadiphotography akan dibuka untuk pelanggan walk-in sehingga Khamis (hari raya ke-5). Kami akan tutup sehingga hari Ahad. Untuk anda yang ingin membuat sesi fotografi studio selepas Ahad boleh berbuat demikian dengan membuat tempahan melalui temujanji. Masih ada masa untuk pelanggan Abadiphotography yang bercuti dikampung untuk mengabadikan potret keluarga anda pada tahun ini.
Sehingga berjumpa lagi
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.
Abdillah
0128833944
