Menu
IMG_9786

Mentoring Project?

Dalam kemeriahan menyambut kehadiran lebaran, saya terfikir tentang sesuatu yang tidak pernah saya fikirkan sebelum ini, iaitu mentoring.

Seperti rancangan “mentor” yang diterbitkan TV3, ia melibat seorang guru dan anak murid, mentor – protege. Alangkah beruntungnya protege kerana dia mendapat banyak ilmu dan pengalaman secara ‘first hand’ dari mentornya. Pelajaran dan pengalaman yang bertahun tahun yang dilalui oleh mentor pula adalah satu proses yang lama dan penuh dengan jatuh naik, perit getir, berliku-liku, penuh kontroversi, penuh dugaan, belanja ribuan ringgit dan banyak lagi rintangan. Yang pasti semua kejayaan mereka tidak datang bergolek. Ianya tidak trrjadi tanpa pengorbanan mereka mencari ilmu dan menimba pengalaman.

Pengalaman itulah yang memberi nilai kepada kejayaan mereka. Sehingga sampai masa, mentor ini telah mencipta kejayaan demi kejayaan. Kejayaan inilah menjadi kepuasan kepada mereka. Alangkah beruntungnya kita, jika dapat menimba pengalaman dan pelajaran dari mentor ini. Kita dapat bediri dan bersahabat dengan mereka. Lebih mulia lagi kita bersahabat dengan orang yang berilmu.

Seperti zaman pendekar, mereka juga berguru dengan pak guru dan terus tinggal dan bersama dengan guru. Makan makanan yang sama, memenuhi arahan mereka dan menurut segala perintah. Tiba saatnya mereka menjadi hebat, sehenat guru mereka, malahan, lebih hebat dari guru mereka sendiri.

Jika berbalik kepada diri saya sendiri, dalam fotografi, saya hanya menghadiri kelas, ceramah, bengkel dan interaksi menimba ilmu seperti dlm kelas biasa. Ilmu yang diperolehi memang ada, tetapi adakah ianya sehebat berguru dengan mereka? Jawapan nya tentulah tidak. Pasti lebih banyak soalan dan kemusykilan yang timbul selepas menghadiri bengkel dan kelas sedemikian. Belek dan belek lagi nota dan handout yang diberikan, ada lagi yang masih tidak jelas dan perlu penjelasan.  Pada saat ini, kita terkial-kial mencari rujukan lain dan ingin bertanya kepada sesiapa saja yang dapat menjawab.  Jadi pada saat inilah, saya rasakan bahawa, perlu guru untuk kita belajar, dapat kita bertanya sekerap yang mungkin, terus bertanya pada masa kita tidak memahami, dapat kita mencontohi mereka melalui pemerhatian dan soalan-soalan kita.

Jelas, anda sendiri boleh berfikir, siapakah mentor yang anda inginkan?  Apakah yang anda akan perolehi dari mentor anda?

Ilmu kita boleh kongsikan, kita dapat aplikasikan ilmu yang kita pelajari, tetapi untuk mendapatkan hasil 100% seperti mentor kita adalah mustahil.  Tetapi kita akan dapat 200% lebih lagi dari mentor jika kita menguasai kemahiran mereka dan digabungkan dengan kemahiran kita sendiri.  Adakah anda ingin mempunyai mentor sekarang?  Pasti nya Ya.

Oleh itu, saya rasakan tiba masanya, dengan ilmu yang tidak seberapa, saya ingin kongsikan pengalaman, ilmu dan cara saya melihat dunia melalui kamera kepada sesiapa sahaja yang berminat.  Ya, minat itu penting.  Sebagai seorang guru saya memahami, bagaimana perasaan jika anak murid kita dapat menerima pelajaran kita.  Kita akan 2 kali lebih berbangga dengan mereka.  Untuk mereka yang meminati ilmu fotografi, yang sudah memiliki kamera slr, yang memerlukan pengetahuan asas dalam fotografi, inilah peluang anda mempelajari dan merasa sendiri kehebatan berguru dengan guru berbanding hanya membaca dan menilai sendiri.  Pastinya, anda berkali-kali ganda lebih cepat memahami fotografi berbanding kami.

Insyallah, kita ada permintaan dan pertanyaan, saya akan mula merangka bahan dan kandungan untuk menjadikan mentoring fotografi ini dijalankan satu hari nanti.
Amin.

Abdillah Ahmad


Studio photoshoot untuk Aidilfitri

Menjelang hari raya, fotografi studio memang menjadi salah satu pilihan untuk keluarga mengabadikan kenangan bersama keluarga. Ianya berbaloi jika wang yang dikeluarkan setimpal dengan hasil yang diperolehi. Oleh itu, seperti Aidilfitri yang lepas lepas, kami di abadiphotography turut bersiap sedia menawarkan perkhidmatan berkualiti fotografi studio untuk keluarga anda.

Make up by Bobby of Bobby Wedding, Model: Azarina Reen

Make up by Bobby of Bobby Wedding, Model: Azarina Reen

Terima kasih kepada Azarina & Irwan Shah kerana sudi menjadi model untuk tahun ini. Professionalisme dalam diri anda berdua menjadikan tugas menghasilkan gambar yang menarik sangat mudah dilakukan dan menyeronokkan. Tahniah atas sentuhan istimewa make up artist Rauzy Shazy dari Bobby Wedding. Semuanya seiring bagi menghasilkan sesuatu yang berkualiti.

Model: Irwan Shah

Model: Irwan Shah

Motion Painting Potrait
Motion Painting Portrait only at abadiphotography studio

Motion Painting Portrait only at abadiphotography studio

Pada tahun ini, kami akan memperkenalkan satu produk baru iaitu “Motion Painting Potrait”. Kami akan menghasilkan lukisan anda menggunakan fotografi dan kamera sebagai alatnya. Berbeza dengan lukisan yang biasa, kita menggunakan berus dan kertas, MPP ini kami gunakan cahaya sebagai cat, torchlight sebagai berus, dan subjek & background sebagai kertas. Semua ini memerlukan ketelitian dan kemahiran untuk mendapatkan hasil yang diinginkan. Kami pasti, anda akan menghagai hasil karya ini.

Seperti biasa, kami menyediakan 6 jenis latarbelakang abstrak dan 1 latarbelakang putih untuk “WHITE ROOM”.

Disamping itu, kami akan menyediakan diskaun 10% kepada klien wedding dan klien studio yang lepas “return client”. Apalagi, jangan lepaskan peluang anda bersama kami di studio abadiphotography.

 


Azuan & Fadilawati

Satu lagi majlis yang kami tidak dapat lupakan adalah dari Kampung Bungin, Betong.  Pertama kali memasuki rumah pengantin, tetamu yang datang masing-masing membawa sebuah tin besar yang berisi kuih tradisional iaitu kuih sepit.  Ianya sangat unik dengan budaya bertukar juadah.  Layanan yang baik dari keluarga ini juga menjadikan kami tidak kekok untuk berada dalam majlis yang serba meriah ini.

Tahniah buat pasangan Fadilawati & Azuan.  Ini merupakan portfolio pertama kami dengan “Syariah Compliant”.  Semoga usaha murni kami ini disambut baik pada masa yang akan datang.  Terima kasih banyak2 buat Fadilawati kerana berkongsi niat yang sama iaitu menjadikan fotografi perkahwinan ini satu tugas yang membawa ke jalan yang dirahmati NYA.

 


Alvin & Angela : Holy Matrimony, Church of the Holy Family, Betong

Abadiphotography kali ni pula berpeluang untuk merakamkan majlis Holy Matrimony bagi pasangan sama cantik sama padan Alvin & Angela di Betong.Majlis yang simple dan tenang ini dihadiri oleh sanak saudara terdekat sebelum majlis reception pada malamnya.  Sesi outdoornya pula kami rakamkan di bangunan yang dalam pembinaan disebabkan oleh hujan yang tidak berhenti.  Walaupun letih, kedua-dua pasangan ini tetap bersemangat untuk merakam detik indah mereka.

Buat Alvin, (pernah menjadi rakan sekerja) Tahniah! & Welcome to da Club. Buat Angela, terima kasih atas kepercayaan anda terhadap abadiphotography! (Angela pernah bersama dalam sesi outdoor sebelum ini)


Wedding: Vivi Aisyah & Azmi

Kali ini Abadiphotography diberi kesempatan untuk merakam detik bermakna pasangan Vivi & Azmi di Spaoh.  Majlis ini sangat meriah dan penuh dengan gelak ketawa.  Suasana gembira di setiap wajah dan yang tidak dapat kami lupakan ialah telatah saudara sebaya pengantin yang begitu berbakat dalam nyanyian.  Sana-sini memang ada saja lagu yang mereka nyanyikan menjadikan tugas kami lebih mudah dan menyeronokkan.

Gambar di atas merupakan beberapa snapshot pada majlis Akad nikahnya pada 1 Jun dan Majlis Persandingan mereka pada 2 Jun di Spoah.

 


April Surf

Benak pada bulan April ini adalah benak yang dinanti-nanti oleh peluncur Benak Sri Aman. Ia merupakan benak yang paling besar dalam setahun. Oleh itu, 2 peluncur antarabangsa telah menempah penerabangan awal lagi untuk bersama meluncur benak kali ini.
Mereka merupakan Giancarlo Jankie Avancini – Italy & Peter Ho – Singapore, kali kedua meluncur benak ini selepas meluncur pada Jun tahun lepas. Kali ini, 4 peluncur tegar Batang Lupar turut sama meluncur benak ini iaitu David Ho, Normaslina, Jones dan Abdillah.

Berikut merupakan rakaman oleh Siti Zamrud sepanjang tempoh meluncur tersebut.


Selamat Datang ke Abadiphotography

Selamat datang ke abadiphotography.

Kami masih dalam fasa mengemaskini laman web ini.

Maaf atas kesulitan yang anda hadapi.

2021 © abadiphotography