Menu
PMP-LOGO-900x326

Photography Mentoring Project

          Photography Mentoring Project by Abdillah

“Pertama sekali, projek ini saya ilhamkan hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah, dan memberikan sumbangan ilmu yang bermanfaat kepada yang menginginkannya. Semoga usaha ini memberikan kebaikan dan ganjaran pahala & syurga oleh Allah”.

Photography Mentoring Project (PMP) merupakan satu laluan ilmu dan alternatif kepada pendekatan mempelajari ilmu fotografi secara intensif, kolaboratif, praktikal, cepat & hubungan 2 hala.
Pendekatan belajar dengan berguru secara intensif memberikan peluang kepada peserta untuk mengenali dunia fotografi dengan betul dari saat imaginasi hingga ke proses mencetak gambar.
Pembelajaran yang mementingkan interaksi maksimum, hanya mengambil seorang hingga maksimum 3 orang peserta ini akan memberikan peluang kepada peserta mengenali personaliti, fikiran, pandangan, gerak langkah, dan interaksi bersama mentor mereka yang tidak mungkin anda akan dapat baca di mana-mana buku. Interaksi yang intim ini memudahkan peserta menimba ilmu dari pengalaman-pengalaman penting mentor mereka menjadikan proses pembelajaran menjadi semakin cepat. Saya yakin, dengan interaksi secara terus ini akan memberikan kefahaman yang mendalam dan tersemat di dalam diri peserta sekiranya peserta dapat merasai sendiri pengalaman belajar bersama mentor mereka secara pendekatan “teori” secara “konkrit” dan praktikal. Pengalaman yang saya kumpul selama ini, baik dan buruk akan saya kongsikan bersama peserta menjadikan mereka seorang jurugambar yang berfikir. Jika anda merasakan anda masih 0 (kosong), saya pasti anda akan mendapat pelajaran berkali-kali ganda dalam masa 1 hari bersama. Jika sebelum ini anda rasakan anda tidak mempunyai keyakinan untuk mengambil gambar, saya yakin anda akan mempunyai keyakinan tinggi untuk mendapatkan gambar yang anda inginkan.

Saya jamin, dengan 3 modul pelbagai aras yang saya reka berdasarkan pengalaman dan proses ilmiah yang saya lalui, ia akan memberikan impak maksima kepada 3 golongan yang dahagakan ilmu fotografi iaitu;

1. Beginner – Kamera dan asas fotografi

2. Advance Camera- Berfikir cara kamera

3. Advance Editing – Editing Digital & Post processing

Berikut merupakan penerangan tentang Modul yang di atas.

MODUL BEGINNER

Modul Beginner

Modul beginner mensasarkan pengguna kamera SLR yang belum pernah mempelajari ilmu fotografi secara formal baik secara teori dan praktikal. Ianya juga bagi sesiapa sahaja yang telah lama menggunakan kamera SLR tetapi masih tercari-cari, apakah cara yang betul menggunakan kamera, dan peralatan lain seperti lens, flash dan sebagainya. Anda akan mempelajari perkara-perkara seperti berikut

  • Mengenali fungsi asas kamera
  • Mengenali Mode Manual, Aperture Priority dan Shutter Priority
  • Eksposure, mood & color
  • Penggunan lensa secara optimum
  • Penggunaan flash secara optimum
  • Komposisi dan melihat alam cara kamera
  • Adobe Photoshop Basic Editing

Semua perkara di atas akan saya sampaikan dalam bentuk teori secara berkesan dan dengan praktikal sehingga anda memahami konsep tersebut. Saya yakin, jika perkara di atas berjaya diserap oleh anda, anda akan lebih menyukai fotografi dan kamera anda seadanya.

MODUL ADVANCE CAMERA

Modul Advance Camera

Modul ini mensasarkan mereka yang telah mempunyai kemahiran asas mengendali kamera, mengenali semua mode pada kamera dan boleh memanipulasi eksposure menggunakan kamera. Golongan ini hanya perlu belajar teknik merancang gambar dan komposisi, dan kemahiran-kemahiran penting tentang nilai gambar seperti di bawah;

  • Etika dan jatidiri jurugambar
  • Merancang gambar, bermula dari idea hingga pelaksanaan
  • Aspek penting komposisi
  • Subjek dan latarbelakang
  • Mood, warna, manipulasi ekposure
  • Tips penting melihat situasi
  • Tips penting menjadikan gambar yang berkesan dan mempunyai impak
  • Interaksi
  • Asah Mata

Perkara di atas adalah merupakan perkara yang saya amalkan dan ternyata berkesan. Ia akan memberikan suntikan semangat dan keyakinan dalam diri anda untuk mendapatkan gambar yang anda idamkan. Interaksi ini akan memberikan anda impak kepada cara anda berfikir tentang situasi dan keadaan sekeliling yang akan terjemahkan dengan cara anda sendiri dalam gambar. Insyallah, saya akan sampaikan sepenuhnya pengalaman dan ilmu yang saya perolehi untuk meningkatkan kemahiran anda.

MODUL ADVANCE EDITING

Modul Advance Editing

Modul ini disasarkan kepada pengguna kamera yang ingin mempelajari bagaimana saya mengedit sesebuah gambar. Setelah melalui beberapa bengkel dan berguru dengan yang jurugambar hebat dan terkenal, saya dapati ianya memberikan kepelbagaian dan alternatif untuk mengedit gambar. Oleh itu, saya akan sampaikan 100% bagaimana cara saya mengedit format RAW, membuat manipulasi dan seterusnya hingga ke proses printing. Berikut antara perkara yang anda akan pelajari.

  • RAW editing and manipulation
  • Mengenali fungsi hebat dan penting dalam photoshop
  • Masking & Layering
  • Sharpening
  • Editing for printing, editing for web
  • Photomanipulation
  • Actions dan banyak lagi

Panduan ringkas untuk menyertai Photography Mentoring Project

Untuk projek ini, perkara yang harus anda ketahui adalah seperti berikut;

  • Mod pembelajaran, 30% teori , 70% praktikal dan latihtubi
  • Terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat tanpa had umur
  • Hari Sabtu atau Ahad sahaja
  • Bermula 8 pagi hingga 5 petang, berhenti pada Zohor and Asar
  • Lokasi: Bandar Sri Aman
  • Penginapan dan makan – tidak disediakan
  • Pengangkutan semasa proses pembelajaran dan praktikal, disediakan (saya sebagai driver)
  • Bayaran di bayar penuh semasa proses penempahan (rujuk bahagian FAQ untuk pembayaran)

Yuran Penyertaan
  • Yuran Modul Beginner RM400
  • Yuran Modul Advance Camera : RM600
  • Yuran Modul Advance Editing : RM600

Pertanyaan & Jawapan

F A Q

Pertanyaan & Jawapan

1. Adakah saya layak jika masih bersekolah?

  • Ya. Tidak ada had umur untuk program ini. Pelajar sekolah hingga individu berkerjaya juga boleh menyertainya

2. Adakah saya harus memiliki kamera SLR? Bagainama dengan kamera kompak?

  • Ya. Anda hendaklah pengguna kamera DSLR (digital).

3. Adakah saya mesti menggunakan kamera Nikon sahaja?

  • Tidak semestinya. Program ini tidak menetapkan syarat untuk model kamera. Asalkan ianya digital SLR.

4. Adakah penginapan dan makanan saya termasuk di dalam yuran?

  • Tidak. Penginapan dan pengangkutan anda ke Bandar Sri Aman adalah tanggungan anda sendiri.

5. Ada T-Shirt free tak?

  • Setakat ni tak ada T-shirt. Insyallah, kalau program ni maju, pasti saya reka T-Shirt khas untuk program ini.

6. Bolehkah saya membuat pembayaran menggunakan tuntutan kerajaan?

  • Boleh. Anda boleh membuat tuntutan menggunakan syarikat ABADIPHOTOGRAPHY. Tiada caj tambahan.

7. Boleh tak saya belajar terus tahap advance camera atau advance editing?

  • Tidak digalakkan, saya tidak akan ulang semula dari mula. Ianya akan membazirkan banyak lagi masa dan anda mungkin tidak memahami terma dalam fotografi seperti mana yang anda akan pelajari dalam Modul Beginner.

8. Boleh tak saya bawa teman saya untuk temankan saya?

  • Tidak. Jika anda membawa ayah atau ibu atau penjaga, mereka hanya menunggu di luar dan tidak akan bersama kita.

9. Boleh tak saya belajar seorang sahaja dengan cikgu?

  • Boleh, asalkan tidak ada peserta lain pada minggu tersebut. Anda boleh cari minggu yang mana tak ada peserta lain yang ikut. Modul Beginner dihadkan untuk 3 orang peserta sahaja dan Modul Advance dihadkan kepada 2 orang peserta sahaja untuk satu sesi.

10. Boleh tak saya jadi model jer?

  • Kalau jadi model, boleh berhubung dengan saya terus. Nanti, kalau saya memerlukan saya akan hubungi. Terima kasih.

11. Boleh saya tangguhkan sesi saya ke tarikh yang lain?

  • Boleh. Tidak ada bayaran dikenakan jika anda menunda sesi anda ke tarikh yang lain dalam tempoh 3 bulan dari tempoh asal.

12. Boleh saya BATALkan penyertaan saya?

  • Boleh. Anda ada hak untuk membatalkan penyertaan anda dengan notis 7 HARI dari tarikh yang ada tetapkan. Bayaran anda tidak boleh dituntuk jika anda membatalkan penyertaan anda dalam tempoh kurang 7 hari tersebut. Pastikan anda sentiasa berhubung dengan saya jika sebarang masalah.

13. Boleh saya bayar ansur-ansur?

  • TIDAK.

14. Ada sijil tak?

  • Soalan yang baik. Setakat ini saya tidak mengeluarkan sijil. Insyallah, jika ada badan yang boleh mengiktiraf program ini, pasti sijil akan dikeluarkan. Saya akan usahakan jika mendapat sambutan terhadap program ini.

15. Bolehkah saya turut serta jika saya merupakan “photographer” wedding?

  • Boleh. Sesiapa sahaja boleh menyertai tanpa mengira latar belakang.

16. Ada nota bercetak untuk saya?

  • YA. Saya akan menyampaikan dalam pembentangan komputer dan slide tersebut akan saya cetak untuk anda bawa balik dan baca.

17. Buku nota dan pen disediakan atau tidak?

  • TIDAK.

18. Berapa orang yang boleh join sekali? Ramai rakan saya nak ikut sekali?

  • Program mentoring ini melibatkan 1 hingga 3 orang peserta sahaja untuk setiap sesi. Maksimum 3 orang untuk Modul Beginner, dan Maksimum 2 orang untuk Modul Advance Camera / Editing. Rakan-rakan yang lain boleh ikut sesi seterusnya pada minggu lain.

19. Boleh tak saya join lagi, tak puaslah sesi yang lepas?

  • Boleh. Tak jadi masalah.

20. Boleh saya bergambar dengan cikgu ?

  • Silakan.

21. Saya ada soalan yang tidak ada kat sini, macam mana saya nak tanya?

  • Boleh inbox saya di FB, www.facebook.com/abadiphotography

22. Bagaimana cara saya membuat bayaran?

  • Anda boleh membayar ke akaun CIMB (11100065888528) dan MAYBANK(111093019702) saya. Letakkan “PMproject” dalam ruangan catatan dan diikuti nama anda. Masukkan no telefeon & email saya untuk notification 0128833944 dan email: abadiphotography@gmail.com

Jika anda berminat dan ingin menyertai program ini, sila isi borang di bawah ini.

Ya! Saya ingin menyertainya!!

2015 © abadiphotography