Hari Raya Aidiladha, Korban
Hari Raya Aidiladha tahun ini disambut sederhana. Selesai sahaja solat sunat Hari Raya, kami sekeluarga terus bersiap-siap untuk penyembelihan binatang korban. Saya kongsikan sedikit gambar tentang penyembelihan binatang korban pagi tadi.![wABP_7528](http://www.abadiphotography.com/wp-content/uploads/wABP_7528.jpg)
![wABP_7464](http://www.abadiphotography.com/wp-content/uploads/wABP_74641.jpg)
Berusaha. Merebahkan lembu korban untuk disembelih memerlukan kesabaran dan kebijaksanaan. Ia dilakukan dengan bergembeling tenaga untuk memastikan lembu tersebut berada di tempat yang sepatutnya
![wABP_7529](http://www.abadiphotography.com/wp-content/uploads/wABP_7529.jpg)
Teliti. Melapah kulit dan daging lembu juga memerlukan ketelitian dan kesabaran. Ianya bukanlah tugas mudah seperti yang kita lihat.
![wABP_7545](http://www.abadiphotography.com/wp-content/uploads/wABP_7545.jpg)
Tajam. Pisau yang tajam boleh mempercepatkan proses melapah kulit dan daging lembu. Pastinya ianya bukan satu tugas yang mudah.
![wABP_7582](http://www.abadiphotography.com/wp-content/uploads/wABP_7582.jpg)
Siap. Destinasi terakhir daging korban ialah golongan yang memerlukan. Daging yang telah siap diagih akan dihulurkan kepada mereka yang memerlukan.
![wABP_7588](http://www.abadiphotography.com/wp-content/uploads/wABP_7588.jpg)
Bersedia. Cermat dalam meneliti senarai penerima daging korban. Satu lagi contoh bagaimana Islam mengajar kita untuk bersedekah dan ibadat korban ini adalah ibadat yang Allah segerakan pahalanya.