Menu

Categories / PMP

Hari Raya Aidiladha, Korban

Hari Raya Aidiladha tahun ini disambut sederhana.  Selesai sahaja solat sunat Hari Raya, kami sekeluarga terus bersiap-siap untuk penyembelihan binatang korban.  Saya kongsikan sedikit gambar tentang penyembelihan binatang korban pagi tadi.

 

wABP_7528

wABP_7464

Berusaha. Merebahkan lembu korban untuk disembelih memerlukan kesabaran dan kebijaksanaan. Ia dilakukan dengan bergembeling tenaga untuk memastikan lembu tersebut berada di tempat yang sepatutnya

wABP_7529

Teliti. Melapah kulit dan daging lembu juga memerlukan ketelitian dan kesabaran. Ianya bukanlah tugas mudah seperti yang kita lihat.

wABP_7545

Tajam. Pisau yang tajam boleh mempercepatkan proses melapah kulit dan daging lembu. Pastinya ianya bukan satu tugas yang mudah.

wABP_7582

Siap. Destinasi terakhir daging korban ialah golongan yang memerlukan. Daging yang telah siap diagih akan dihulurkan kepada mereka yang memerlukan.

wABP_7588

Bersedia. Cermat dalam meneliti senarai penerima daging korban. Satu lagi contoh bagaimana Islam mengajar kita untuk bersedekah dan ibadat korban ini adalah ibadat yang Allah segerakan pahalanya.

 


Sukan Sekolah in Black & White

Salam Sejahtera.

Kali ini saya ingin berkongsikan gambar-gambar yang saya rakamkan tahun lepas tentang Sukan Sekolah di SK Selepong, Sri Aman.  Sukan tahunan ini memang meriah dengan kehadiran ibu bapa, pemimpin kampung, warga rumah panjang dan penduduk sekitar sekolah.  Pelabgai acara telah dijalankan yang melibatkan murid sekolah dan acara bersama penduduk kampung.

Untuk koleksi hitam putih kali ini, saya merakamkan semua gambar menggunakan Nikon D700 dengan sebuah 50mm f1.8.  Saya sengaja menggunakan lens ini kerana ia memberikan saya ruang / angle seperti mata kasar kita.  Jadi saya tidak perlu risau untuk memikirkan tentang focal length yang perlu digunakan, sebaliknya hanya membuat komposisi apabila terdapat moment penting berlaku di depan mata saya.

Imej hitam putih kali ini saya pilih untuk memberi gambaran tentang pengaruh imej jenis ini dalam menceritakan tentang sesuatu perkara.  Kita lebih fokus dengan watak yang dipaparkan dan memberikan impak emosi yang mendalam kepada audien.

Terima kasih

WABP_9123

Tiap sampai pecah. Fokus dengan belon sehingga ianya pecah. Acara murid pra-sekolah yang menyebabkan ibu bapa mereka menjerit dengan sekuat hati memberi sokongan kepada anak mereka.

wABP_9184

Bangga. Anak-anak kecil ini mendapat penghargaan atas usaha keras mereka dalam acara larian. Ia juga boleh mendorong kepada semangat juang dalam akademik.

wABP_9222

Fokus dan menghiburkan. Acara lari 50m oleh ibu bapa sentiasa menjadi acara yang ditunggu-tunggu menjelang sukan sekolah.

wABP_9277

Sabar menunggu. Walapun di bawah terik matahari, kedua-dua ibu ini tetap setia memberi sokongan padu kepada anak-anak mereka.

wABP_9346

Menunggu. Beatrice Batha, 9, bersedia menunggu giliran untuk acara larian sukan sekolah.

wABP_9433

Bersemangat. Ibu-ibu kepada pelajar sekolah, merupakan ahli PIBG yang berganding bahu bersama memeriahkan acara tarik tali. Sukan ini bukan sekadar mengukur kekuatan malah mampu mengeratkan hubungan antara sekolah dan ibu bapa.

wABP_9797

Minat membaca. Yuricko, 8, sempat membelek bukunya walaupun ditengah-tengah kesibukan sukan sekolah.


PMP khas buat pengguna Advance!

Salam sejahtera.

Modul PMP juga direka untuk mereka yang telah menguasai basic fotografi dengan baik, tetapi masih mencari resepi bagaimana mendapatkan gambar yang memberi impak. Dari segi editing juga, masih mencari apakah langkah yang baik untuk mengedit gambar sehingga mendapatkan hasil yang professional dan memberi impak kepada gambar yang sedia ada. Ini semua penting untuk mendapatkan sesebuah gambar yang menepati citarasa sendiri dan pelanggan.

PMP Advance Camera

PMP modul Advance Camera disasarkan kepada mereka yang meminati fotografi wedding, portrait dan journalism. Ini kerana saya merasakan ketiga-tiga sub bidang ini adalah kepakaran saya. Untuk itu, saya akan memberi pendedahan tentang cara saya menghasilkan gambar sehingga ke fasa editing. Saya akan berkongsi segala ilmu yang saya gunakan untuk menghasilkan gambar seperti yang anda dapat lihat pada galeri abadiphotography, facebook abadiphotography, album human interest pada facebook saya.

PMP Advance Editing

PMP modul Advance Editing pula juga disasarkan kepada mereka yang masih mencari identiti dalam editing. Semua editing yang saya akan kongsikan hanya menggunakan perisian Adobe Photoshop CS5 dan Camera Raw. Oleh yang demikian saya akan menerangkan amalan-amalan yang biasa saya paraktikkan dalam editing sehingga anda boleh menguasai beberapa teknik editing tersebut.

Jadi, gunakankanlah peluang ini untuk meningkatkan kualiti fotografi anda secara menyeluruh dan saya jamin anda pasti akan merasakan perubahannya dalam masa yang singakt. Selamat maju jaya!

Abdillah – Mentor, Photography Mentoring Project

wEG1

Kompsisi dan elemen penting sebelum merakam gambar juga sangat penting dalam fotografi selain fasa editing. Gambar sebegini akan memberikan impak yang ketara dalam gambar anda nanti

wEG2

Editing yang baik akan menambahkan mood dan memberikan kesan kepada gambar yang telah di-compose dengan baik

 


Tips untuk menghasilkan imej Silhouette yang berkesan

Salam sejahtera.

Hari ini saya akan berkongsi sedikit pengalaman tentang silhouette. Ianya disebut dengan ‘siluet”. Silhouette merupakan imej bebayang atau menampakkan bayang2. Maknanya, subjek boleh dikenalpasti hanya dengan menampakkan seperti bayang-bayang. Ianya akan menarik dan cantik jika kita tahu sedikit sebanyak tentang asas menghasilkan gambar Silhouette.

Pada pengalaman saya, subjek untuk gambar Silhouette hendaklah jelas, tajam dan yang paling penting hendaklah menampakkan bentuk asal subjek tersebut. Jika anda ingin merakamkan gambar Silhouette, anda hendaklah memastikan bahawa subjek anda jelas bentuknya dan tidak bersambung antara satu sama lain. Elakkan subjek ada menghasilkan bebayang yang bersambung yang menyebabkan kita tidak dapat mengenal pasti subjek. Ini kerana, jika bebayang tersebut bersambung, imej Silhouette tersebut menjadi tidak kuat dan menjadi pengganggu kepada gambar. Oleh itu, tips pertama harus anda fikirkan sewaktu anda membuat komposisi ialah mencari angle terbaik untuk menampakkan bentuk sebenar dengan jelas subjek anda. Seperti gambar yang saya tunjukkan dalam post ini, semua subjeknya mempunyai jarak supaya bentuk badan manusia tersebut jelas dan tidak menghasilkan imej yang lain. Jadi ini akan memberi gambaran terus kepada audien tentang subjek tersebut hanya dengan sekali pandang. Lainlah, jika anda menghasilkan imej Silhouette yang bersambung dengan tujuan menampakkan bentuk yang lain. Namun secara ringkas, apa yang anda perlu tahu ialah memberi ruang kepada subjek supaya bentuknya jelas.

wDSC_1880

Silhouette yang jelas dapat memberikan impak dan penceritaan yang baik dalam gambar

wDSC_1883

Selitkan unsur journalism. Usahakan untuk memberitahu audien anda tentang perkara yang berlaku dengan komposisi yang baik
wDSC_1889
Subjek hendaklah jelas. Maka anda harus bergerak untuk mendapatkan sudut yang menyerlahkan bentuk subjek anda

Seterusnya, ialah tentang exposure. Kebiasaannya, anda hanya perlu berada di belakang subjek dan matahari (sumber cahaya) untuk mendapat bayang-bayang. Untuk setting yang mudah, hanya gunakan metering menyeluruh seperti “evaluative”. Jadi kamera anda akan memberikan bacaan tepat untuk latar belakang dan anda akan lihat hasilnya. Anda harus berhati-hati dengan focusing. Walaupun subjek anda hanya seperti sebuah bayang2, ketepatan focusing, memberikan subjek anda nampak tajam sama penting dengan komposisi dan exposure.

Dan akhir sekali tips dari saya, cuba dapatkan momen yang tepat. Seperti gambar di bawah, Pak Cik yang tengah berdiri ini sebenarnya tengah duduk di perahu sebelah, menyedari kehadiran saya meneropong beliau dari belakang, dia terus bangun dan berdiri di atas tunggul, melihat kiri dan kanan dan terus berjalan. Jadi saya dengan pantas membuat komposisi dan menekan shutter pada saat dia menoleh ke kiri dan ke kanan. Maka dapatlah satu bentu badan yang sempurna dan menampakkan dia sedang merokok. Menarik bukan. Jadi cubalah untuk menghasilkan imej Silhouette yang menarik dan jangan lupa kongsikan dengan saya di facebook. Selamat mencuba !!

sabah copy
Mendapatkan momment yang betul adalah penting untuk memberikan interpretasi yang lebih mendalam kepada imej

 

Sebagai rumusan, imej silhouette juga tidak semestinya mempunyai subjek yang hanya nampak seperti bebayang, ada juga subjeknya masih mempunyai details dan warna. Namun konsep menampakkan bentuk subjek yang jelas masih penting sebelum anda menekan shutter. Imej silhouette juga baik untuk menukar jenis gambar biasa kepada gambar yang luar biasa. Terima kasih kerana sudi membaca.


Perhimpunan Merdeka sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke 56 Peringkat Negeri Sarawak, Sri Aman

Salam Merdeka.

Tahun ini, Sri Aman menjadi tuan rumah untuk Perhimpunan Merdeka sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke 56 Peringkat Negeri Sarawak. Saya berkesempatan meluangkan masa untuk merakam gambar-gambar journalism untuk acara yang penuh meriah ini.

Pertama sekali, cuaca mendung pagi ini kelihatan seperti akan membasahi bumi.  Namun ianya diteruskan juga demi semangat cintakan Malaysia.  Saya tiba di kawasan Kompleks Sukan Sri Aman sekitar jam 7.45 pagi. Dalam keadaan yang sesak dengan kenderaan, saya mengambil langkah selamat untuk meletak kenderaan saya di Kampung Muhibbah, hanya beberapa minit berjalan menuju kompleks sukan. Sempat juga saya merakamkan karenah kanak-kanak yang berbangga dengan Jalur Gemilang di basikal mereka.

ABP_0002-budak-bendera

Jom kibarkan. Anak-anak dapat merasakan kemeriahan sambutan Perhimpunan Merdeka sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke 56 Peringkat Negeri Sarawak

ABP_0002-budak-bendera2

Semangat Kemerdekaan. Semangat kemerdekaan anak-anak muda mengibarkan Jalur Gemilang tanda cinta mereka terhadap negara

Setibanya saya di perkarangan kompleks sukan, acara telahpun bermula sehingga kepada ucapan Dato Amar Jabu Ak Numpang, dan kelihatan ramai rakan -rakan media dan jurugambar asyik dengan kamera masing-masing. Ada juga bertemu dengan kenalan yang lama tak berjumpa. Sebelum itu, saya sempat berbual dengan abang-abang tentera yang siap untuk persembahan tempur mereka sebentar lagi. Jadi sempatlah saya rakamkan aksi mereka seperti di bawah.

ABP_3616-Askar2

Sentiasa bersedia. Anggota tentera yang bersedia untuk mempamerkan aksi berani dan gagah mereka dengan persembahan tempur.

ABP_3616-Askar1

Bersedia. Antara anggota tentera yang bersedia membuat persembahan

Kemudian, semua perhatian tertumpu kepada persembahan tarian raksasa dan diikuti dengan persembahan gempur oleh Angkatan Tentera.

ABP_3694-grand

Bersama mengibar Jalur Gemilang dan Bendera Sarawak. Antara kenamaan yang turut hadir bersama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak.

wABP_3715

Berirama. Satu tarian yang sekata, membawa mesej yang jelas tentang perpaduan dalam kemerdekaan.

wABP_0333

Kibaran sekata. Berirama dan senada, lambaikan Jalur Gemilang dan bendera negeri-negeri dalam Malaysia

wABP_0377

Warna warni. Kemeriahan dapat dirasakan dengan jalur gemilang.

ABP_3616-Askar3

Bertenaga dan fokus. Persembahan penuh bersemangat dari Angkatan Tentera Malaysia

ABP_3616-Askar4

Gagah berani. Antara satu babak dalam persembahan gempur oleh Angkatan tentera

wABP_0251

Gagah dan berani. Wanita juga antara anggota tentera yang bersama mempersebahkan gerak tempur

Kemudian, acara tersebut ditamatkan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku.  Akhir sekali setelah acara tamat, perhatian pengunjung beralih arah kepada denguman motosikal berkuasa besar yang memasuki kawasan kompleks sukan.  Semua acara ini tamat pada jam 9.00 pagi.

ABP_3783

Vroom. Sebahagian daripada peserta motosikal berkuasa besar yang turut sama memeriahkan Perhimpunan Merdeka sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke 56 Peringkat Negeri Sarawak

wABP_3746

Semangat Cintakan Negara. Sebahagian peserta dalam persembahan raksasa sempena Perhimpunan Merdeka sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke 56 Peringkat Negeri Sarawak

wABP_3847

Basikal patriotik. Bujang Jawa, antara insan istimewa menzahirkan semangat cintakan negara dengan menghias basikalnya dengan Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Sarawak.

Terima kasih 🙂


Tips mendapatkan imej yang tajam

Adakah anda sentiasa mendapat imej yang BLUR?

YA, ini memang selalu berlaku kepada saya pada permulaaan saya memegang kamera slr.   Adakah anda juga mengalami masalah yang sama.  ‘Focusing’ memang tepat (hanya dengar bunyi buzzer untuk ‘focus.), tetapi imej yang dihasilkan masih tidak ‘sharp’?

Di sini saya nak kongsikan sedikit pengalaman saya tentang imej blur ni.

Imej blur ini dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti, tangan bergegar, ‘slow shutter speed’, subjek bergerak pantas, subjek berubah kedudukan.  Imej blur yang tidak diinginkan ini telah menjadikan gambar yang anda telah  ‘compose’ baik, tetapi hilang detail disebabkan oleh faktor yang saya sebutkan di atas.

1.  Focusing yang tepat.  Pastika anda mendengar bunyi “beep” pada kamera, apabila menggunakan autofocus atau melihat indicator di dalam viewfinder anda kekal menyala (menyataka imej anda dalam ruang focus) apabila anda menggunakan manual focus.

2.  Tangan bergegar.  Ini salah satu perkara yang perlu anda latih dan latih sehingga anda berupaya menekan shutter hanya menggunakan  jari telunjuk anda.  Jika anda masih baru dengan SLR atau tidak biasa dengan sesebuah kamera, anda dapati anda susah nak menekan shutter berkenaan.  Anda boleh lihat sendiri di dalam cermin cara anda menekan shutter yang mungkin menyebabkan seluruh badan kamera bergerak.  Awas dengan keadaan ini.  Tips.  Pastikan anda menekan shutter semasa mata & pipi anda masih bersentuhan dengan kamera, kemudian jangan alihkan kamera terlalu cepat selepas menekan shutter, dan pastikan semuanya dah selesai barulah anda boleh alihkan kamera dari pipi dan mata anda.  Ia mungkin latihan yang nampak mudah, tetapi, ia akan menajamkan kemahiran anda menekan shutter.  Itulah yang saya lakukan.  Anda boleh berlatih menekan shutter tanpa gegaran dengan merakam teks pada surat khabar, menggunakan shutter speed 1/30, menggunakan focal length 50mm.  Saya sendiri pernah melihat tokoh fotografi terkenal Indonesia, Agah Permadi, berlatih menggunakan teknik ini.  Anda boleh cuba dan rasai perbezaannya.

3.  Slow shutter speed.  Ia adalah satu faktor yang mungkin anda tidak sedari kerana anda menggunakan mode “Aperture Priority”.  Pastikan anda menggunakan shutter speed tidak kurang dari 1/125 s untuk mengelakkan blur yang tidak disengajakan.  Ini penting jika anda sentiasa dalam keadaan yang mendesak anda untuk cepat.   Saya sendiri asyik menekan shutter tanpa menyedari imej yang saya ambil hanya menggunakan shutter speed 1/30s, 1/60s, dan menyebabkan banyak gambar saya nampak tidak sharp.  Jadi tips untuk anda, pastikan anda melihat skrin kamera anda setelah menekan beberapa frame untuk memastikan anda mendapat exposure yang tepat dan imej yang tajam.

4.  Subjek anda berubah kedudukan.  Pergerakan subjek secara tiba-tiba dan tidak terduga juga menyebabkan anda hilang focus.  Oleh itu, sentiasa awasi pergerakan subjek anda khususnya apabila mereka cuba bergerak ke arah atau menjauhi anda.   Ha.. untuk itu, ada gunakan fleksibiliti pinggang anda untuk mendapat ruang focus.  Atau, kamera anda boleh melakukan tugas untuk memfokus subjek yang bergerak ke arah anda, kehadapan dan kebelakang dengan menggunakan ‘continuous’ focusing mode pada kamera anda.  Kamera anda tidak akan mengeluarkan bunyi ‘beep’ tetapi ia sentiasa mem-focus subjek yang bergerak.  Anda tidak perlu bergerak atau menekan banyak frame.  Anda perlu tekan button shutter tersebut separuh, biarka kamera anda lakukan focusing dan anda hanya perlu menekan shutter.  Untuk fungsi ini saya sangat berpuas hati dengan kamera Nikon.  Ia memang bertugas dengan baik untuk mode focusing tersebut.

Kesimpulannya, focusing, stabiliti dan ketepatan anda semasa menekan shutter adalah aspek penting untuk mendapatkan gambar yang tajam.  Ia sama penting dengan kepentingan mendapatkan exposure yang betul.  Jadi, anda boleh cuba sendiri langkah yang saya telah kongsikan agar kita sama-sama dapat meningkatkan mutu imej dan foto yang kita ambil.

Abdillah,

Mentor, Photography Mentoring Project


Photography Mentoring Project (Beginner Modul)

Salam sejahtera

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tentang Photography Mentoring Project (PMP), khususnya modul beginner.

Untuk modul ini, saya akan berkongsi tentang perkara asas dalam mendapatkan exposure yang betul, menggunakan focal length yang sesuai dan komposisi mudah.  Saya juga akan berkongsi tips tentang editing secara asas untuk menaikkan mood dan mesej dalam sesebuah gambar.  Gambar di bawah adalah contoh hasil gambar yang saya kira sebagai modul beginner.  Ia merupakan gambar yang nampak mudah untuk diambil, tetapi hakikat disebalik gambar tersebut, terdapat banyak faktor yang harus diambil kira sebelum kita menekan shutter.

Untuk editing, saya menggunakan adobe photoshop untuk menampakkan details dan menaikkan tone yang dikehendaki.  Seperti yang anda boleh lihat, saya akan mendedahkan tips untuk membuat editing mudah dengan cara yang mudah dan selamat.  “Selamat” bermakna kita boleh pergi semula ke gambar asal dalam proses editing.  Ini adalah cara yang saya amalkan dan saya akan dedahkan kepada pelajar saya dalam program PMP ini.

Proses editing ini adalah satu proses jangka masa panjang saya, dan melalui pembelajaran secara berguru dan pembacaan, saya kini senang bekerja dengan photoshop dengan gaya editing saya sendiri.

Saya yakin, anda pasti ingin mengetahui teknik dan tips dalam editing mudah ini, dan anda mampu untuk menguasainya jika berganding dengan guru secara intensif dan intim.

Contoh-Basic-Editing-1

Abdillah Ahmad

– Mentor, Photography Mentoring Project

2015 © abadiphotography