I am STOKED: Bakong Rush
Saya rasa sangat bertuah kerana untuk Kingtide kali ini saya dan David Ho berkesempatan untuk bermain benak di Bakong. Bakong terletak kira-kira 1jam perjalanan dengan bot dari Sri Aman. Bakong sememangnya terkenal sebagai antara tempat yang popular dengan habitat buaya. Hampir setiap hari kami terserempak dengan kelibat buaya. Secara peribadi, saya sangat teruja untuk meluncur di Bakong ketika menyaksikan benak di Bakong pada bulan lepas.
Secara ringkasnya, sekarang kami sudah memiliki lebih banyak 'surf point' berbanding sebelumnya. Pada saya, benak di Bakong adalah yang tertinggi pernah saya lihat di sepanjang Sungai Batang Lupar. Betapa kagumnya saya dengan alam ciptaan Allah S.W.T. Allahuakbar. Pada hari pertama, saya dan David bertolak ke Bakong bersama pemandu kami tanpa jurugambar. Pada hari kedua pula, kami membawa Liew Chaw Phee sebagai jurugambar. Terima kasih atas gambar-gambar menarik dari beliau. Pada hari ketiga, saya membawa wakil dari pihak saya. Di bawah dapat disaksikan imej-imej yang dirakamkan oleh Siti Zamrud Ali Hassan dari abadiphotography.