Menu

Tagged / sup

I am STOKED: Bakong Rush

Saya rasa sangat bertuah kerana untuk Kingtide kali ini saya dan David Ho berkesempatan untuk bermain benak di Bakong. Bakong terletak kira-kira 1jam perjalanan dengan bot dari Sri Aman. Bakong sememangnya terkenal sebagai antara tempat yang popular dengan habitat buaya. Hampir setiap hari kami terserempak dengan kelibat buaya. Secara peribadi, saya sangat teruja untuk meluncur di Bakong ketika menyaksikan benak di Bakong pada bulan lepas.

wABP_0428

Indah. Barisan gulungan benak yang indah ini sangat menarik dilihat, dan dentuman bunyi yang menggerikan.

Secara ringkasnya, sekarang kami sudah memiliki lebih banyak ‘surf point’ berbanding sebelumnya. Pada saya, benak di Bakong adalah yang tertinggi pernah saya lihat di sepanjang Sungai Batang Lupar. Betapa kagumnya saya dengan alam ciptaan Allah S.W.T. Allahuakbar. Pada hari pertama, saya dan David bertolak ke Bakong bersama pemandu kami tanpa jurugambar. Pada hari kedua pula, kami membawa Liew Chaw Phee sebagai jurugambar. Terima kasih atas gambar-gambar menarik dari beliau. Pada hari ketiga, saya membawa wakil dari pihak saya. Di bawah dapat disaksikan imej-imej yang dirakamkan oleh Siti Zamrud Ali Hassan dari abadiphotography.

wABP_0247

Berehat dan selamat. Lubok Skirau. Ini adalah tempat biasa nelayan dan perahu kecil berlindung dari Benak. Benak tidak naik tinggi di kawasan ini kerana dasarnya yang dalam.

wABP_0188

wABP_0073

wABP_0533

wABP_0494

wABP_0980

wABP_0045

wABP_0096

wABP_0154

wABP_8400


Pesta Benak: October International Surf

Salam sejahtera.

Pesta Benak tahun ini diadakan pada 18-20 Oktober 2013, sangat sesuai dengan masa kehadiran Benak di Tebingan Bandar Sri Aman.  Walaupun ia bukanlah Benak yang tertinggi pada tahun ini, namun ia sudah cukup tinggi dan cukup baik untuk dipertontonkan kepada pengunjung Pesta Benak kali ini.

Pada tahun ini, saya telah terlibat secara langsung sebagai peluncur benak bersama dengan 5 orang rakan peluncur yang lain seperti Normaslina Mohd Nor, David Ho, Jones Mackean, Wahup dan Hisyamudin.   Pesta Benak kali ini juga menjemput 4 peluncur luar negara, Kyron Rathbone – Australia, Antony Colas – Perancis, Clement Gargoullaud- Perancis & Thomas de Dorlodot – Belgium.

Peluncur ini menggalas tugas khas mencari potensi benak untuk diketengahkan ke mata dunia.  Alhamdulillah, usaha ini berbaloi, atas kerjasama peluncur tempatan, dan semua pihak yang terlibat.  Misi yang agar sukar ini, nampak mudah oleh peluncur professional, dengan kemahiran dan pengalaman yang mereka miliki.  Berita baik ini semestinya memberikan impak positif bukan hanya kepada peluncur, tetapi seluruh warga Sri Aman, khususnya mereka yang mendiami tebingan Batang Lupar.

Untuk peluncur Batang Lupar, tugas yang lebih berat menanti, iaitu, memberitahu dunia tentang kehebatan dan keunikan Batang Lupar melalui sukan lasak ini.  Semoga usaha ini mendapat sokongan dari semua pihak khususnya Pihak Kerajaan Tempatan.

Pada tahun ini juga, saya berpeluang sekali bersama peluncur antarabangsa merakamkan aksi mereka bermula dari Kampung Bakong.  Bersyukur kerana diberikan cuaca yang sangat cerah walaupun ramalan kaji cuaca memberikan 60% hujan dan ribut petir pada sebelah petangnya.  Berikut merupakan beberapa gambar yang saya kongsikan untuk tatapan semua.

wABP_0237

wABP_0040-(2)

Kami bersedia! Clement, Antony & Kyron siap sedia untuk meluncur Benak di Bakong bersama pemandu berpengalaman Pian.

wABP_0211-(1)

Menunggu persembahan. Penduduk tempatan yang biasa denga kehadiran benak juga turut bersama menunggu kehadiran benak di Jeti Kampung Bakong untuk melihat sendiri aksi peluncur di hadapan mata mereka sendiri.

wABP_0320-(1)

Tamat di sini. Antony Colas telah berada di kawasan penamat iaitu Bukit Skirau untuk Benak pertama dari Kampung Bakong.

wABP_0357-(1)

wABP_0447-(1)

Mahir. Kyron beraksi dengan Benak. Dengan kebisingan dan keadaan begini, beliau juga sangat teruja meluncur ombak yang tiada penghujung ini. Beliau dapat meluncur selama 28 minit untuk ombak ini.

WABP_0458-(1)

wABP_0524-(1)

Aksi white-water. Untuk peluncur professional, ombak begini mereka akan melakukan aksi yang pelbagai sebagai hiburan.

wABP_0682

Kembali. Antony Colas, kini kembali untuk kali ke-3 ke Batang Lupar semenjak menjadi orang pertama yang meluncur Batang Lupar pada Oktober 2009.

wABP_0082

Aksi merakam. Antony asyik dengan “shoulder ride”-nya dan kelihatan Clement sedang merakam aksi Kyron yang sedang meluncur. Kyron telah mematahkan 2 “paddle” untuk sesi petang tersebut.

wABP_0975

Kayu pun boleh. Kyron Rathbone, Australia, ambi apa saja yang berada dalam laluannya. Oleh kerana beliau telah mematahkan 2 batang paddle-nya pada petang tersebut, Kyron telah meluncur tanpa paddle.

wABP_0327

Naik semula. Benak kelihatan mula mengumpulkan kuasa dan naik semula di kawasan ini. Kelihatan adalah Sekolah Rendah Kebangsaan Tanjung Bijat.

wABP_0426

Syurga untuk peluncur. Kelihatan Antony sangat asyik beraksi dengan ombak yang sangat baik di samping Clement merakamkan secara dekat.

wABP_0044-(4)

Agresif. Inilah aksi peluncur,Antony Colas (kiri) dan Kyron Rathbone (kanan) asyik dengan gerakan dan alunan benak. Mereka sangat bergembira dan beruntung kerana dapat meluncur ombak benak yang begitu cantik ini.

wABP_0063-(4)

wABP_0227-(3)

Termenung. Kyron Rathbone, mengambil masa untuk berehat sebentar setelah meluncur di 3 tempat dengan penuh tenaga. Satu tugas yang beliau telah laksanakan dengan baik. Dengan kehadiran beliau meluncur benak, Batang Lupar akan lebih di kenali di mata dunia

2021 © abadiphotography