Menu

Categories / Surf

I am STOKED: Bakong Rush

Saya rasa sangat bertuah kerana untuk Kingtide kali ini saya dan David Ho berkesempatan untuk bermain benak di Bakong. Bakong terletak kira-kira 1jam perjalanan dengan bot dari Sri Aman. Bakong sememangnya terkenal sebagai antara tempat yang popular dengan habitat buaya. Hampir setiap hari kami terserempak dengan kelibat buaya. Secara peribadi, saya sangat teruja untuk meluncur di Bakong ketika menyaksikan benak di Bakong pada bulan lepas.

wABP_0428

Indah. Barisan gulungan benak yang indah ini sangat menarik dilihat, dan dentuman bunyi yang menggerikan.

Secara ringkasnya, sekarang kami sudah memiliki lebih banyak ‘surf point’ berbanding sebelumnya. Pada saya, benak di Bakong adalah yang tertinggi pernah saya lihat di sepanjang Sungai Batang Lupar. Betapa kagumnya saya dengan alam ciptaan Allah S.W.T. Allahuakbar. Pada hari pertama, saya dan David bertolak ke Bakong bersama pemandu kami tanpa jurugambar. Pada hari kedua pula, kami membawa Liew Chaw Phee sebagai jurugambar. Terima kasih atas gambar-gambar menarik dari beliau. Pada hari ketiga, saya membawa wakil dari pihak saya. Di bawah dapat disaksikan imej-imej yang dirakamkan oleh Siti Zamrud Ali Hassan dari abadiphotography.

wABP_0247

Berehat dan selamat. Lubok Skirau. Ini adalah tempat biasa nelayan dan perahu kecil berlindung dari Benak. Benak tidak naik tinggi di kawasan ini kerana dasarnya yang dalam.

wABP_0188

wABP_0073

wABP_0533

wABP_0494

wABP_0980

wABP_0045

wABP_0096

wABP_0154

wABP_8400


Pesta Benak: October International Surf

Salam sejahtera.

Pesta Benak tahun ini diadakan pada 18-20 Oktober 2013, sangat sesuai dengan masa kehadiran Benak di Tebingan Bandar Sri Aman.  Walaupun ia bukanlah Benak yang tertinggi pada tahun ini, namun ia sudah cukup tinggi dan cukup baik untuk dipertontonkan kepada pengunjung Pesta Benak kali ini.

Pada tahun ini, saya telah terlibat secara langsung sebagai peluncur benak bersama dengan 5 orang rakan peluncur yang lain seperti Normaslina Mohd Nor, David Ho, Jones Mackean, Wahup dan Hisyamudin.   Pesta Benak kali ini juga menjemput 4 peluncur luar negara, Kyron Rathbone – Australia, Antony Colas – Perancis, Clement Gargoullaud- Perancis & Thomas de Dorlodot – Belgium.

Peluncur ini menggalas tugas khas mencari potensi benak untuk diketengahkan ke mata dunia.  Alhamdulillah, usaha ini berbaloi, atas kerjasama peluncur tempatan, dan semua pihak yang terlibat.  Misi yang agar sukar ini, nampak mudah oleh peluncur professional, dengan kemahiran dan pengalaman yang mereka miliki.  Berita baik ini semestinya memberikan impak positif bukan hanya kepada peluncur, tetapi seluruh warga Sri Aman, khususnya mereka yang mendiami tebingan Batang Lupar.

Untuk peluncur Batang Lupar, tugas yang lebih berat menanti, iaitu, memberitahu dunia tentang kehebatan dan keunikan Batang Lupar melalui sukan lasak ini.  Semoga usaha ini mendapat sokongan dari semua pihak khususnya Pihak Kerajaan Tempatan.

Pada tahun ini juga, saya berpeluang sekali bersama peluncur antarabangsa merakamkan aksi mereka bermula dari Kampung Bakong.  Bersyukur kerana diberikan cuaca yang sangat cerah walaupun ramalan kaji cuaca memberikan 60% hujan dan ribut petir pada sebelah petangnya.  Berikut merupakan beberapa gambar yang saya kongsikan untuk tatapan semua.

wABP_0237

wABP_0040-(2)

Kami bersedia! Clement, Antony & Kyron siap sedia untuk meluncur Benak di Bakong bersama pemandu berpengalaman Pian.

wABP_0211-(1)

Menunggu persembahan. Penduduk tempatan yang biasa denga kehadiran benak juga turut bersama menunggu kehadiran benak di Jeti Kampung Bakong untuk melihat sendiri aksi peluncur di hadapan mata mereka sendiri.

wABP_0320-(1)

Tamat di sini. Antony Colas telah berada di kawasan penamat iaitu Bukit Skirau untuk Benak pertama dari Kampung Bakong.

wABP_0357-(1)

wABP_0447-(1)

Mahir. Kyron beraksi dengan Benak. Dengan kebisingan dan keadaan begini, beliau juga sangat teruja meluncur ombak yang tiada penghujung ini. Beliau dapat meluncur selama 28 minit untuk ombak ini.

WABP_0458-(1)

wABP_0524-(1)

Aksi white-water. Untuk peluncur professional, ombak begini mereka akan melakukan aksi yang pelbagai sebagai hiburan.

wABP_0682

Kembali. Antony Colas, kini kembali untuk kali ke-3 ke Batang Lupar semenjak menjadi orang pertama yang meluncur Batang Lupar pada Oktober 2009.

wABP_0082

Aksi merakam. Antony asyik dengan “shoulder ride”-nya dan kelihatan Clement sedang merakam aksi Kyron yang sedang meluncur. Kyron telah mematahkan 2 “paddle” untuk sesi petang tersebut.

wABP_0975

Kayu pun boleh. Kyron Rathbone, Australia, ambi apa saja yang berada dalam laluannya. Oleh kerana beliau telah mematahkan 2 batang paddle-nya pada petang tersebut, Kyron telah meluncur tanpa paddle.

wABP_0327

Naik semula. Benak kelihatan mula mengumpulkan kuasa dan naik semula di kawasan ini. Kelihatan adalah Sekolah Rendah Kebangsaan Tanjung Bijat.

wABP_0426

Syurga untuk peluncur. Kelihatan Antony sangat asyik beraksi dengan ombak yang sangat baik di samping Clement merakamkan secara dekat.

wABP_0044-(4)

Agresif. Inilah aksi peluncur,Antony Colas (kiri) dan Kyron Rathbone (kanan) asyik dengan gerakan dan alunan benak. Mereka sangat bergembira dan beruntung kerana dapat meluncur ombak benak yang begitu cantik ini.

wABP_0063-(4)

wABP_0227-(3)

Termenung. Kyron Rathbone, mengambil masa untuk berehat sebentar setelah meluncur di 3 tempat dengan penuh tenaga. Satu tugas yang beliau telah laksanakan dengan baik. Dengan kehadiran beliau meluncur benak, Batang Lupar akan lebih di kenali di mata dunia


Benak Surf: September Tide

20 September 2013, Saya, David Ho, Jonez & Maslina bersama dengan 2 orang pemandu bot berpengalaman Encik Tuah & Encik Jemat, telah bersama menyusuri Batang Lupar untuk meluncur benak.  Kali ini, kami ingin merasai sendiri bagaimana keadaan benak di beberapa kawasan khususnya di hiliran Batang Lupar, yang dikhabarkan sangat tinggi dan merbahaya.  Tujuan kami ingin menyusuri sehingga ke kawasan Tanjung Bijat, namun terpaksa terhenti di Skait kerana aras air yang telalu cetek.  Ini mustahil untuk kami lalui menggunakan bot dan sangat berisiko.  Kami telah mengambil keputusan untuk bermula di kawasan Skait.   Di kawasan ini, saya , Jonez dan David dapat meluncur tetapi telah dibawa arus deras ke tebingan pasir & delta pasir.  Dengan tolakan arus air pasang yang kuat, kami bertiga dapat juga melarikan diri ke tengah sungai untuk mendekati bot kami yang sedia menunggu di kawasan yang lebih selamat.  Pengalaman meluncur di atas pasir ini bukanlah satu yang baru, tetapi ia sangat berisiko.  Risiko seperti terlanggar kayu terdampar, kerosakan papan luncur, dibantai ombak “Benak” kedua, dan pelbagai lagi kemungkinan yang tidak dapat dijangkakan.

wDSC_2489

David Ho, Normaslina & Tuah

Setelah semua berjaya berada di dalam bot, kami terhibur sejenak melihat alunan Benak yang sangat sempurna untuk meluncur di tempat yang di namakan Lubok Kawi.  Pada masa itu, kamera saya telah di bawa oleh Pemandu bot Encik Tuah dan tidak sempat dirakamkan.  Namun perjalanan pergi kami ke hilir sungai saya sempat merakam tebing tinggi yang terbina dari pasir yang membentuk delta di sungai Batang Lupar. Maka petang ini kami akan cuba meluncur dan merasa sendiri pengalaman berada di atas Benak yang kami akan namakan Point Zero.  Doakan agar semua selamat.

wDSC_2483

Seterusnya ialah meluncur di “Point One”, tempat biasa meluncur yang mempunyai ketinggian yang melebihi 6-8 kaki.  Di sini kami berempat dapat meluncur dan merasai sendiri deruman ombak yang bertalu-talu menyerang papan luncur.

Abdillah Point 1

wDSC_2499

David & Maslina : Point 1

wDSC_2497

Jonez & Abdillah

wDSC_2496

Normaslina

Di kawasan ini, kami tidak dapat sampai ke tempat yang terjauh iaitu Kampung Temelan kerana perubahan pada bentuk permukaan sungai.  Kami semua tersenyum dengan luncuran yang hanya lebih kurang 3 minit tersebut.  Kemudian, kami meluncur di tempat biasa iaitu di Kawasan Kampung Hilir yang akan membawa ke Taman Panorama Benak dan Pekan Sri Aman.  Kami mengambil keputusan untuk meluncur di pertengahan kawasan tersebut atas sebab perubahan bentuk sungai yang telah mengubah corak benak itu sendiri.  Ia pengalaman yang hebat kerana terdapat 4 buah bot di hadapan kami, 2 buah daripadanya adalah dari Jabatan Pengairan dan Saliran yang menyumbang kepada ombak bot yang akan menganggu benak dan memecahkan kuasa benak tersebut.  Lina & Jonez cemerlang meluncur sehingga ke Bandar Sri Aman.

wDSC_2508

Abdillah, David & Jonez

wDSC_2511

Jonez & Normaslina

wDSC_2515

Di akhir benak

Kemudian kami terus menghala ke hulu Sungai Batang Lupar untuk meluncur kawasan Sinyor dan Kampung Berangan.  Normaslina tidak turut sama kerana masalah kecil enjin bot.  Dan Ketiga-tiga kami meluncur di Sinyor, di mana David dan Jones cemerlang dengan meluncur di kawasan Kampung Berangan. Dalam perjalan pulang, bot kami mengalami sedikit masalah yang menyebabkan kami terpaksa berhenti di tepi sungai, dan mengambil masa lebih kurang 30 minit sebelum kami berlepas balik ke Sri Aman.

wGOPR0033

Teliti. Kami hanyut di bawa arus lebih kurang 30 minit sehinga terpaksa berdayung untuk singgah di penempatan Iban di seberang sungai sebelum masalah kecil enjin bot dapat di atasi.

Bersyukur semuanya berjalan dengan selamat dan semuanya letih tetapi tersenyum.  Pastinya Jonez, antara yang senyum lebar kerana luncuran beliau yang paling lama.  Tahniah Jonez, David dan Maslina.

-Abdillah, Peluncur SUP Batang Lupar

*SUP = Standup paddling


April Surf

Benak pada bulan April ini adalah benak yang dinanti-nanti oleh peluncur Benak Sri Aman. Ia merupakan benak yang paling besar dalam setahun. Oleh itu, 2 peluncur antarabangsa telah menempah penerabangan awal lagi untuk bersama meluncur benak kali ini.
Mereka merupakan Giancarlo Jankie Avancini – Italy & Peter Ho – Singapore, kali kedua meluncur benak ini selepas meluncur pada Jun tahun lepas. Kali ini, 4 peluncur tegar Batang Lupar turut sama meluncur benak ini iaitu David Ho, Normaslina, Jones dan Abdillah.

Berikut merupakan rakaman oleh Siti Zamrud sepanjang tempoh meluncur tersebut.

2021 © abadiphotography