Menu

Benak Surf: September Tide

20 September 2013, Saya, David Ho, Jonez & Maslina bersama dengan 2 orang pemandu bot berpengalaman Encik Tuah & Encik Jemat, telah bersama menyusuri Batang Lupar untuk meluncur benak.  Kali ini, kami ingin merasai sendiri bagaimana keadaan benak di beberapa kawasan khususnya di hiliran Batang Lupar, yang dikhabarkan sangat tinggi dan merbahaya.  Tujuan kami ingin menyusuri sehingga ke kawasan Tanjung Bijat, namun terpaksa terhenti di Skait kerana aras air yang telalu cetek.  Ini mustahil untuk kami lalui menggunakan bot dan sangat berisiko.  Kami telah mengambil keputusan untuk bermula di kawasan Skait.   Di kawasan ini, saya , Jonez dan David dapat meluncur tetapi telah dibawa arus deras ke tebingan pasir & delta pasir.  Dengan tolakan arus air pasang yang kuat, kami bertiga dapat juga melarikan diri ke tengah sungai untuk mendekati bot kami yang sedia menunggu di kawasan yang lebih selamat.  Pengalaman meluncur di atas pasir ini bukanlah satu yang baru, tetapi ia sangat berisiko.  Risiko seperti terlanggar kayu terdampar, kerosakan papan luncur, dibantai ombak "Benak" kedua, dan pelbagai lagi kemungkinan yang tidak dapat dijangkakan.

wDSC_2489

David Ho, Normaslina & Tuah

Setelah semua berjaya berada di dalam bot, kami terhibur sejenak melihat alunan Benak yang sangat sempurna untuk meluncur di tempat yang di namakan Lubok Kawi.  Pada masa itu, kamera saya telah di bawa oleh Pemandu bot Encik Tuah dan tidak sempat dirakamkan.  Namun perjalanan pergi kami ke hilir sungai saya sempat merakam tebing tinggi yang terbina dari pasir yang membentuk delta di sungai Batang Lupar. Maka petang ini kami akan cuba meluncur dan merasa sendiri pengalaman berada di atas Benak yang kami akan namakan Point Zero.  Doakan agar semua selamat.

wDSC_2483

Seterusnya ialah meluncur di "Point One", tempat biasa meluncur yang mempunyai ketinggian yang melebihi 6-8 kaki.  Di sini kami berempat dapat meluncur dan merasai sendiri deruman ombak yang bertalu-talu menyerang papan luncur.

Abdillah Point 1

wDSC_2499

David & Maslina : Point 1

wDSC_2497

Jonez & Abdillah

wDSC_2496

Normaslina

Di kawasan ini, kami tidak dapat sampai ke tempat yang terjauh iaitu Kampung Temelan kerana perubahan pada bentuk permukaan sungai.  Kami semua tersenyum dengan luncuran yang hanya lebih kurang 3 minit tersebut.  Kemudian, kami meluncur di tempat biasa iaitu di Kawasan Kampung Hilir yang akan membawa ke Taman Panorama Benak dan Pekan Sri Aman.  Kami mengambil keputusan untuk meluncur di pertengahan kawasan tersebut atas sebab perubahan bentuk sungai yang telah mengubah corak benak itu sendiri.  Ia pengalaman yang hebat kerana terdapat 4 buah bot di hadapan kami, 2 buah daripadanya adalah dari Jabatan Pengairan dan Saliran yang menyumbang kepada ombak bot yang akan menganggu benak dan memecahkan kuasa benak tersebut.  Lina & Jonez cemerlang meluncur sehingga ke Bandar Sri Aman.

wDSC_2508

Abdillah, David & Jonez

wDSC_2511

Jonez & Normaslina

wDSC_2515

Di akhir benak

Kemudian kami terus menghala ke hulu Sungai Batang Lupar untuk meluncur kawasan Sinyor dan Kampung Berangan.  Normaslina tidak turut sama kerana masalah kecil enjin bot.  Dan Ketiga-tiga kami meluncur di Sinyor, di mana David dan Jones cemerlang dengan meluncur di kawasan Kampung Berangan. Dalam perjalan pulang, bot kami mengalami sedikit masalah yang menyebabkan kami terpaksa berhenti di tepi sungai, dan mengambil masa lebih kurang 30 minit sebelum kami berlepas balik ke Sri Aman.

wGOPR0033

Teliti. Kami hanyut di bawa arus lebih kurang 30 minit sehinga terpaksa berdayung untuk singgah di penempatan Iban di seberang sungai sebelum masalah kecil enjin bot dapat di atasi.

Bersyukur semuanya berjalan dengan selamat dan semuanya letih tetapi tersenyum.  Pastinya Jonez, antara yang senyum lebar kerana luncuran beliau yang paling lama.  Tahniah Jonez, David dan Maslina.

-Abdillah, Peluncur SUP Batang Lupar

*SUP = Standup paddling

Leave a Reply

2021 © abadiphotography
%d bloggers like this: