Menu

Tagged / guide

Tips untuk menghasilkan imej Silhouette yang berkesan

Salam sejahtera.

Hari ini saya akan berkongsi sedikit pengalaman tentang silhouette. Ianya disebut dengan ‘siluet”. Silhouette merupakan imej bebayang atau menampakkan bayang2. Maknanya, subjek boleh dikenalpasti hanya dengan menampakkan seperti bayang-bayang. Ianya akan menarik dan cantik jika kita tahu sedikit sebanyak tentang asas menghasilkan gambar Silhouette.

Pada pengalaman saya, subjek untuk gambar Silhouette hendaklah jelas, tajam dan yang paling penting hendaklah menampakkan bentuk asal subjek tersebut. Jika anda ingin merakamkan gambar Silhouette, anda hendaklah memastikan bahawa subjek anda jelas bentuknya dan tidak bersambung antara satu sama lain. Elakkan subjek ada menghasilkan bebayang yang bersambung yang menyebabkan kita tidak dapat mengenal pasti subjek. Ini kerana, jika bebayang tersebut bersambung, imej Silhouette tersebut menjadi tidak kuat dan menjadi pengganggu kepada gambar. Oleh itu, tips pertama harus anda fikirkan sewaktu anda membuat komposisi ialah mencari angle terbaik untuk menampakkan bentuk sebenar dengan jelas subjek anda. Seperti gambar yang saya tunjukkan dalam post ini, semua subjeknya mempunyai jarak supaya bentuk badan manusia tersebut jelas dan tidak menghasilkan imej yang lain. Jadi ini akan memberi gambaran terus kepada audien tentang subjek tersebut hanya dengan sekali pandang. Lainlah, jika anda menghasilkan imej Silhouette yang bersambung dengan tujuan menampakkan bentuk yang lain. Namun secara ringkas, apa yang anda perlu tahu ialah memberi ruang kepada subjek supaya bentuknya jelas.

wDSC_1880

Silhouette yang jelas dapat memberikan impak dan penceritaan yang baik dalam gambar

wDSC_1883

Selitkan unsur journalism. Usahakan untuk memberitahu audien anda tentang perkara yang berlaku dengan komposisi yang baik
wDSC_1889
Subjek hendaklah jelas. Maka anda harus bergerak untuk mendapatkan sudut yang menyerlahkan bentuk subjek anda

Seterusnya, ialah tentang exposure. Kebiasaannya, anda hanya perlu berada di belakang subjek dan matahari (sumber cahaya) untuk mendapat bayang-bayang. Untuk setting yang mudah, hanya gunakan metering menyeluruh seperti “evaluative”. Jadi kamera anda akan memberikan bacaan tepat untuk latar belakang dan anda akan lihat hasilnya. Anda harus berhati-hati dengan focusing. Walaupun subjek anda hanya seperti sebuah bayang2, ketepatan focusing, memberikan subjek anda nampak tajam sama penting dengan komposisi dan exposure.

Dan akhir sekali tips dari saya, cuba dapatkan momen yang tepat. Seperti gambar di bawah, Pak Cik yang tengah berdiri ini sebenarnya tengah duduk di perahu sebelah, menyedari kehadiran saya meneropong beliau dari belakang, dia terus bangun dan berdiri di atas tunggul, melihat kiri dan kanan dan terus berjalan. Jadi saya dengan pantas membuat komposisi dan menekan shutter pada saat dia menoleh ke kiri dan ke kanan. Maka dapatlah satu bentu badan yang sempurna dan menampakkan dia sedang merokok. Menarik bukan. Jadi cubalah untuk menghasilkan imej Silhouette yang menarik dan jangan lupa kongsikan dengan saya di facebook. Selamat mencuba !!

sabah copy
Mendapatkan momment yang betul adalah penting untuk memberikan interpretasi yang lebih mendalam kepada imej

 

Sebagai rumusan, imej silhouette juga tidak semestinya mempunyai subjek yang hanya nampak seperti bebayang, ada juga subjeknya masih mempunyai details dan warna. Namun konsep menampakkan bentuk subjek yang jelas masih penting sebelum anda menekan shutter. Imej silhouette juga baik untuk menukar jenis gambar biasa kepada gambar yang luar biasa. Terima kasih kerana sudi membaca.


Tips mendapatkan imej yang tajam

Adakah anda sentiasa mendapat imej yang BLUR?

YA, ini memang selalu berlaku kepada saya pada permulaaan saya memegang kamera slr.   Adakah anda juga mengalami masalah yang sama.  ‘Focusing’ memang tepat (hanya dengar bunyi buzzer untuk ‘focus.), tetapi imej yang dihasilkan masih tidak ‘sharp’?

Di sini saya nak kongsikan sedikit pengalaman saya tentang imej blur ni.

Imej blur ini dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti, tangan bergegar, ‘slow shutter speed’, subjek bergerak pantas, subjek berubah kedudukan.  Imej blur yang tidak diinginkan ini telah menjadikan gambar yang anda telah  ‘compose’ baik, tetapi hilang detail disebabkan oleh faktor yang saya sebutkan di atas.

1.  Focusing yang tepat.  Pastika anda mendengar bunyi “beep” pada kamera, apabila menggunakan autofocus atau melihat indicator di dalam viewfinder anda kekal menyala (menyataka imej anda dalam ruang focus) apabila anda menggunakan manual focus.

2.  Tangan bergegar.  Ini salah satu perkara yang perlu anda latih dan latih sehingga anda berupaya menekan shutter hanya menggunakan  jari telunjuk anda.  Jika anda masih baru dengan SLR atau tidak biasa dengan sesebuah kamera, anda dapati anda susah nak menekan shutter berkenaan.  Anda boleh lihat sendiri di dalam cermin cara anda menekan shutter yang mungkin menyebabkan seluruh badan kamera bergerak.  Awas dengan keadaan ini.  Tips.  Pastikan anda menekan shutter semasa mata & pipi anda masih bersentuhan dengan kamera, kemudian jangan alihkan kamera terlalu cepat selepas menekan shutter, dan pastikan semuanya dah selesai barulah anda boleh alihkan kamera dari pipi dan mata anda.  Ia mungkin latihan yang nampak mudah, tetapi, ia akan menajamkan kemahiran anda menekan shutter.  Itulah yang saya lakukan.  Anda boleh berlatih menekan shutter tanpa gegaran dengan merakam teks pada surat khabar, menggunakan shutter speed 1/30, menggunakan focal length 50mm.  Saya sendiri pernah melihat tokoh fotografi terkenal Indonesia, Agah Permadi, berlatih menggunakan teknik ini.  Anda boleh cuba dan rasai perbezaannya.

3.  Slow shutter speed.  Ia adalah satu faktor yang mungkin anda tidak sedari kerana anda menggunakan mode “Aperture Priority”.  Pastikan anda menggunakan shutter speed tidak kurang dari 1/125 s untuk mengelakkan blur yang tidak disengajakan.  Ini penting jika anda sentiasa dalam keadaan yang mendesak anda untuk cepat.   Saya sendiri asyik menekan shutter tanpa menyedari imej yang saya ambil hanya menggunakan shutter speed 1/30s, 1/60s, dan menyebabkan banyak gambar saya nampak tidak sharp.  Jadi tips untuk anda, pastikan anda melihat skrin kamera anda setelah menekan beberapa frame untuk memastikan anda mendapat exposure yang tepat dan imej yang tajam.

4.  Subjek anda berubah kedudukan.  Pergerakan subjek secara tiba-tiba dan tidak terduga juga menyebabkan anda hilang focus.  Oleh itu, sentiasa awasi pergerakan subjek anda khususnya apabila mereka cuba bergerak ke arah atau menjauhi anda.   Ha.. untuk itu, ada gunakan fleksibiliti pinggang anda untuk mendapat ruang focus.  Atau, kamera anda boleh melakukan tugas untuk memfokus subjek yang bergerak ke arah anda, kehadapan dan kebelakang dengan menggunakan ‘continuous’ focusing mode pada kamera anda.  Kamera anda tidak akan mengeluarkan bunyi ‘beep’ tetapi ia sentiasa mem-focus subjek yang bergerak.  Anda tidak perlu bergerak atau menekan banyak frame.  Anda perlu tekan button shutter tersebut separuh, biarka kamera anda lakukan focusing dan anda hanya perlu menekan shutter.  Untuk fungsi ini saya sangat berpuas hati dengan kamera Nikon.  Ia memang bertugas dengan baik untuk mode focusing tersebut.

Kesimpulannya, focusing, stabiliti dan ketepatan anda semasa menekan shutter adalah aspek penting untuk mendapatkan gambar yang tajam.  Ia sama penting dengan kepentingan mendapatkan exposure yang betul.  Jadi, anda boleh cuba sendiri langkah yang saya telah kongsikan agar kita sama-sama dapat meningkatkan mutu imej dan foto yang kita ambil.

Abdillah,

Mentor, Photography Mentoring Project

2015 © abadiphotography