Menu

Tagged / photography tips

PMP khas buat pengguna Advance!

Salam sejahtera.

Modul PMP juga direka untuk mereka yang telah menguasai basic fotografi dengan baik, tetapi masih mencari resepi bagaimana mendapatkan gambar yang memberi impak. Dari segi editing juga, masih mencari apakah langkah yang baik untuk mengedit gambar sehingga mendapatkan hasil yang professional dan memberi impak kepada gambar yang sedia ada. Ini semua penting untuk mendapatkan sesebuah gambar yang menepati citarasa sendiri dan pelanggan.

PMP Advance Camera

PMP modul Advance Camera disasarkan kepada mereka yang meminati fotografi wedding, portrait dan journalism. Ini kerana saya merasakan ketiga-tiga sub bidang ini adalah kepakaran saya. Untuk itu, saya akan memberi pendedahan tentang cara saya menghasilkan gambar sehingga ke fasa editing. Saya akan berkongsi segala ilmu yang saya gunakan untuk menghasilkan gambar seperti yang anda dapat lihat pada galeri abadiphotography, facebook abadiphotography, album human interest pada facebook saya.

PMP Advance Editing

PMP modul Advance Editing pula juga disasarkan kepada mereka yang masih mencari identiti dalam editing. Semua editing yang saya akan kongsikan hanya menggunakan perisian Adobe Photoshop CS5 dan Camera Raw. Oleh yang demikian saya akan menerangkan amalan-amalan yang biasa saya paraktikkan dalam editing sehingga anda boleh menguasai beberapa teknik editing tersebut.

Jadi, gunakankanlah peluang ini untuk meningkatkan kualiti fotografi anda secara menyeluruh dan saya jamin anda pasti akan merasakan perubahannya dalam masa yang singakt. Selamat maju jaya!

Abdillah – Mentor, Photography Mentoring Project

wEG1

Kompsisi dan elemen penting sebelum merakam gambar juga sangat penting dalam fotografi selain fasa editing. Gambar sebegini akan memberikan impak yang ketara dalam gambar anda nanti

wEG2

Editing yang baik akan menambahkan mood dan memberikan kesan kepada gambar yang telah di-compose dengan baik

 


Tips mendapatkan imej yang tajam

Adakah anda sentiasa mendapat imej yang BLUR?

YA, ini memang selalu berlaku kepada saya pada permulaaan saya memegang kamera slr.   Adakah anda juga mengalami masalah yang sama.  ‘Focusing’ memang tepat (hanya dengar bunyi buzzer untuk ‘focus.), tetapi imej yang dihasilkan masih tidak ‘sharp’?

Di sini saya nak kongsikan sedikit pengalaman saya tentang imej blur ni.

Imej blur ini dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti, tangan bergegar, ‘slow shutter speed’, subjek bergerak pantas, subjek berubah kedudukan.  Imej blur yang tidak diinginkan ini telah menjadikan gambar yang anda telah  ‘compose’ baik, tetapi hilang detail disebabkan oleh faktor yang saya sebutkan di atas.

1.  Focusing yang tepat.  Pastika anda mendengar bunyi “beep” pada kamera, apabila menggunakan autofocus atau melihat indicator di dalam viewfinder anda kekal menyala (menyataka imej anda dalam ruang focus) apabila anda menggunakan manual focus.

2.  Tangan bergegar.  Ini salah satu perkara yang perlu anda latih dan latih sehingga anda berupaya menekan shutter hanya menggunakan  jari telunjuk anda.  Jika anda masih baru dengan SLR atau tidak biasa dengan sesebuah kamera, anda dapati anda susah nak menekan shutter berkenaan.  Anda boleh lihat sendiri di dalam cermin cara anda menekan shutter yang mungkin menyebabkan seluruh badan kamera bergerak.  Awas dengan keadaan ini.  Tips.  Pastikan anda menekan shutter semasa mata & pipi anda masih bersentuhan dengan kamera, kemudian jangan alihkan kamera terlalu cepat selepas menekan shutter, dan pastikan semuanya dah selesai barulah anda boleh alihkan kamera dari pipi dan mata anda.  Ia mungkin latihan yang nampak mudah, tetapi, ia akan menajamkan kemahiran anda menekan shutter.  Itulah yang saya lakukan.  Anda boleh berlatih menekan shutter tanpa gegaran dengan merakam teks pada surat khabar, menggunakan shutter speed 1/30, menggunakan focal length 50mm.  Saya sendiri pernah melihat tokoh fotografi terkenal Indonesia, Agah Permadi, berlatih menggunakan teknik ini.  Anda boleh cuba dan rasai perbezaannya.

3.  Slow shutter speed.  Ia adalah satu faktor yang mungkin anda tidak sedari kerana anda menggunakan mode “Aperture Priority”.  Pastikan anda menggunakan shutter speed tidak kurang dari 1/125 s untuk mengelakkan blur yang tidak disengajakan.  Ini penting jika anda sentiasa dalam keadaan yang mendesak anda untuk cepat.   Saya sendiri asyik menekan shutter tanpa menyedari imej yang saya ambil hanya menggunakan shutter speed 1/30s, 1/60s, dan menyebabkan banyak gambar saya nampak tidak sharp.  Jadi tips untuk anda, pastikan anda melihat skrin kamera anda setelah menekan beberapa frame untuk memastikan anda mendapat exposure yang tepat dan imej yang tajam.

4.  Subjek anda berubah kedudukan.  Pergerakan subjek secara tiba-tiba dan tidak terduga juga menyebabkan anda hilang focus.  Oleh itu, sentiasa awasi pergerakan subjek anda khususnya apabila mereka cuba bergerak ke arah atau menjauhi anda.   Ha.. untuk itu, ada gunakan fleksibiliti pinggang anda untuk mendapat ruang focus.  Atau, kamera anda boleh melakukan tugas untuk memfokus subjek yang bergerak ke arah anda, kehadapan dan kebelakang dengan menggunakan ‘continuous’ focusing mode pada kamera anda.  Kamera anda tidak akan mengeluarkan bunyi ‘beep’ tetapi ia sentiasa mem-focus subjek yang bergerak.  Anda tidak perlu bergerak atau menekan banyak frame.  Anda perlu tekan button shutter tersebut separuh, biarka kamera anda lakukan focusing dan anda hanya perlu menekan shutter.  Untuk fungsi ini saya sangat berpuas hati dengan kamera Nikon.  Ia memang bertugas dengan baik untuk mode focusing tersebut.

Kesimpulannya, focusing, stabiliti dan ketepatan anda semasa menekan shutter adalah aspek penting untuk mendapatkan gambar yang tajam.  Ia sama penting dengan kepentingan mendapatkan exposure yang betul.  Jadi, anda boleh cuba sendiri langkah yang saya telah kongsikan agar kita sama-sama dapat meningkatkan mutu imej dan foto yang kita ambil.

Abdillah,

Mentor, Photography Mentoring Project

2015 © abadiphotography