Menu

Tips sebelum anda hadir ke sesi fotografi studio

Di sini ingin saya kongsikan sedikit tips untuk anda yang akan hadir untuk fotografi hari raya di studio. 1. Pastikan anda menepati masa yang ditetapkan. Jika terdapat perubahan waktu atas pelbagai sebab, anda harus memaklumkan kepada pihak studio segera. Ini akan memudahkan kedua - dua pihak. Jurugambar dapat menguruskan tempahan dengan lebih cekap, dan anda juga tidak berisiko untuk menunggu lama disebabkan masa anda tadi telah diisi oleh "walk -in" customer. 2. Pakaian. Pastikan anda memakai pakaian yang paling sempurna. Untuk baju melayu lelaki, pastikan songkok anda bersih, butang baju melayu tersebut tidak rongak, gunakan stokin (kecuali anda sengaja tidak berstokin atau trend fesyen), kain samping dan pendek kata pastikan ianya sempurna. Untuk baju pihak wanita, biasanya tidak ada sebarang masalah kerana wanita memang teliti dalam bab berpakaian dan penampilan berbanding lelaki. 3. Datang awal sikit. Anda patut rancang perjalanan anda supaya anda boleh sampai ke studio awal, dtg 10 atau 5 minit lebih awal lebih baik kerana ada ruang untuk anda berehat dan menarik nafas lega. Tidaklah anda termengah mengah semasa di potret nanti. Ini menyumbang kepada qualiti gambr anda nanti. 4. Bawa mood yang baik. Aura positif hendaklah didorong agar dapat mendorong ahli keluarga yang lain untuk positif dan berada dalam keadaan mood yang baik. Ini menyumbang kepada kualiti gambar. Jurugambar mesti ingin anda untuk tersenyum. ًBagaimana nak senyum kalau hati anda belum stabil. Terdapat banyak perkaya yang menyumbang kepada emosi negatif, namun anda harus menangganinya sebelum anda turun ke studio. 4. Ikut arahan. Akhir sekali dari saya, anda bertindak mengikut arahan jurugambar. Jika anda ada sebarang idea yang anda rasakan baik, anda luahkannya dengan aura positif. Yakin dengan jurugambar anda supaya keikhlasan anda tergambar di wajah. Abdillah - jurugambar studio hari raya

2 Comments

Leave a Reply

2021 © abadiphotography
%d bloggers like this: