Menu

White studio atau latar abstrak?

Hari ini adalah 11 hari kita berada di bulan Syawal. Tentunya ada di antara kita yang telah sempat ke studio untuk merakamkan potret bersama keluarga. Ia memang pelaburan yang sangat berharga, 10 tahun akan datang anda pasti lebih menghargai gambar yang anda rakamkan sekarang kerana nilai dan kenangan tersebut tidak mungkin akan berulang lagi. Ada di antara family yang bertambah ahli keluarga dan ada yang berkurangan. Jadi potret bersama inilah yang mengabadikan segala kenangan pahit manis bersama ahli keluarga. Ada yang berbadan besar sekarang, 10 tahun nanti slim mengalahkan artis, dan ada yang sebaliknya. Jadi adakah anda sudah berbuat demikian? Atau hanya merakamkan gambar anda dalam memori kamera anda sahaja? Jika anda mencetak gambar tersebut, ia memang langkah yang bijak kerana anda telah menjadikan imej yang anda rakam menjadi sebuah gambar. Saya sendiri berasa gembira kerana dalam tempoh raya lah saya banyak menghasilkan gambar berbanding imej (digital). Ia memberi kepuasan dan kegembiraan apabila melihat gambar tersebut di atas kertas.

Namun hari ini saya ingin berkongsi pengalaman untuk memilih latar di studio samada jenis latar putih atau latar abstrak. Kedua-duanya memberi pengertian dan interpretasi yang berbeza.

w8R-ABP_1563

Latar Abstrak
Latar ini nampak klasik dan mahal apabila dah menjadi gambar. Ianya sesuai untuk semua jenis warna baju, samada baju putih, hitam, merah, berkilau, dull, dan warnanya pula haruslah contras dengan baju anda. Di studio saya, terdapat 6 jenis latar abstrak untuk dipilih mengikut kesesuaian warna baju anda. Ia penting untuk memberikan impak dan imej jelas semua individu dalam keluarga anda. Saya nasihatkan anda pilih studio yang menawarkan pelbagai latar untuk pilihan anda. Bagi saya, ia memang latar yang “evergreen” untuk digantung didinding rumah anda walaupun setelah 20-30 tahun akan datang.

ABP_1835

Latar Putih
Latar putih ini saya tegaskan TIDAK sesuai untuk baju yang berwarna seakan putih, dull, seperti kelabu, off white, cream. Ianya lebih sesuai untuk warna baju yang berwarna cerah, berwarna gelap, yang tidak berkilauan, warna yang vibrant. Ia akan menonjolkan warna tersebut sebagai contrast kepada warna putih. Sering kita beranggapan bahawa jika latar putih, kita boleh buat gaya “freestyle”. Ianya memang tidak menjadi masalah, tetapi, anda harus kenalpasti jurugambar yang dapat merakamkan wajah anda dengan tepat. Anda faham maksud saya? Wajah yang tepat bermakna, gambar tersebut hendaklah menunjukkan muka anda yang sebenarnya. Jika anda tengah tergelak besar dengan mulut ternganga disebabkan gaya “freestyle” tersebut, anda akan menyukai gambar tersebut pada kali pertama anda melihatnya dan tidak untuk kali kedua. Ini kerana, kerana aksi yang terlampau, wajah seseorang tidak menggambarkan dirinya yang sebenar. Ini memang sangat rumit untuk diceritakan. Anda sendiri harus memilih gambar yang betul betul menunjukkan wajah anda yang sebenarnya.

Kesimpulannya, kedua-dua jenis latar ini memang sesuai untuk potret family. Terpulang kepada anda untuk memilih mengikut kehendak dan warna baju anda. Yang penting, dapat nasihat jurugambar anda tentang latar abstrak atau latar putih yang anda sukai.

Abdillah
-Tukang gambar family di Studio Abadiphotography

Comments

Leave a Reply

2015 © abadiphotography
%d bloggers like this: